2024 tahun memperhebat proses reformasi sistem pendidikan negara – Fadhlina

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MEMASUKI tahun 2024, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk meneruskan program reformasi yang telah dirancang dan menunjukkan perubahan pada tahun sebelumnya.

Menteri terbabit Fadhlina Sidek memberitahu, antara perkara yang akan diberi penekanan pada tahun ini adalah berkenaan meningkatkan mutu pendidikan negara.

“Tahun 2023 menyaksikan fasa pertama reformasi pendidikan iaitu perkara operasional seperti menambah baik perkara yang melibatkan tiga dimensi yang terkait dalam pendidikan; murid, guru dan infrastruktur.

“Tahun ini dan seterusnya, keutamaan KPM adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan iaitu dengan mereformasi kurikulum pendidikan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: 395,870 calon duduki SPM 2023

Katanya lagi, usaha mereformasi sistem pendidikan ini memerlukan kerjasama semua pihak, justeru beliau mengajak rakyat Malaysia untuk turut serta.

“Usaha ini memerlukan strategi yang tuntas, maka saya mengajak rakyat Malaysia bersama-sama inteligensia pendidikan KPM, berganding bahu menggubal kurikulum masa depan ini.

“Ini hanyalah sebahagian daripada rencana saya bagi tahun ini, apa yang pasti akan ada banyak lagi inisiatif untuk pembangunan pendidikan negara,” katanya.

Fadhlina dalam hantaran yang lain menyatakan rasa syukur kerana diberikan kesihatan dan peluang untuk menikmati tahun baharu 2024.

Beliau pada masa sama mengajak semua pihak untuk sama-sama membuka lembaran baharu dengan semangat yang positif dan optimis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This