“Misi mencari beg Jebat bermula,” –  Raih jutaan tontonan, Mommyhana tawar RM5,000 cari beg Jebat

Dari Penulis

Pelakon, Sharnaaz Ahmad bikin kecoh di laman sosial gara-gara beg anak kesayangannya hilang. Jelasnya, setelah puas mencari namun beg anaknya masih belum dijumpai.

“Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg jebat bermula,” tulisnya.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah aksi comel Jebat. Malah, kepetahan Jebat bercakap juga membuatkan pengguna laman sosial terhibur.

Apa yang lebih membuatkan warganet teruja adalah lakonan bersahaja yang ditunjukkan Jebat. Aksi merajuknya sebab beg kesayangan hilang disifatkan sangat comel. Malah, sehingga kini video itu mencecah 2.5 juta tontonan.

Tidak cukup dengan itu, kekecohan mencari beg Jebat juga turut terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri. Kesemua mereka bersama anak masing-masing juga turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya.

Jadi, adakah misi Sharnaaz mencari beg kesayangan anaknya daripada jenama Mommyhana itu berjaya? Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana menawarkan RM5,000 kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This