Tempoh pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor dilanjutkan

Dari Penulis

TEMPOH pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor dilanjutkan sehingga Disember tahun ini selepas garis panduan berkenaannya dikemas kini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohamad Fahmi Ngah berkata, perjumpaan telah diadakan dengan pengusaha sekolah agama persendirian terbabit bagi berbincang berkenaan isu ini.

“Ini termasuk PITAS (Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor) dan GASIS (Persatuan Gabungan Sekolah Islam Selangor) dengan mengambil kira keresahan mereka dalam penggubalan garis panduan pemutihan yang baharu ini.

“Sementara menunggu garis panduan baharu siap, tempoh pemutihan dipanjangkan kepada Disember 2024 untuk memberi lebih masa kepada pengusaha memenuhi syarat-syarat pemutihan sedia ada,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: PADU vs Ketirisan Bantuan Sosial: Dua masalah, satu penyelesaian? 

Mohamad Fahmi memaklumkan, sebanyak 225 atau 45 peratus daripada 497 sekolah agama persendirian di Selangor melalui proses pemutihan sejak 2020 hingga September tahun lalu.

Katanya, usaha pemutihan itu melibatkan 106 maahad tahfiz, 98 sekolah rendah Islam integrasi dan 21 sekolah menengah Islam.

“Kedua, pelanggaran keperluan peraturan PBT dengan sekolah yang beroperasi tidak berupaya mendapatkan ulasan kebenaran PBT mengikut tempoh masa ditetapkan.

“Terdapat juga sedikit perubahan perlu dibuat pada garis panduan pemutihan 1.0 untuk memudahkan pelaksanaannya kerana (garis panduan) yang ada tidak melihat secara menyeluruh kemampuan sekolah persendirian untuk melaksanakannya,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This