Johor sediakan parkir sementara di HSA atasi kesesakan

Dari Penulis

KERAJAAN Johor mengambil inisiatif menyediakan kawasan parkir sementara di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di hospital itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata parkir sementara yang mampu memuatkan sebanyak 173 buah kenderaan itu, terletak berhadapan jalan HSA dan dengan jarak kira-kira 200 meter daripada hospital berkenaan.

“Kawasan parkir berkeluasan enam ekar ini dijangka akan siap pada akhir bulan ini, jadi selepas ini pengguna HSA tidak lagi perlu parkir di tepi jalan, jika parkir di dalam kawasan hospital penuh.

“Kita juga menjangkakan akan buat kawasan parkir sementara untuk fasa kedua, yang mampu memuatkan 200 kenderaan, sekiranya ia mendapat sambutan daripada orang ramai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Gimik Pecah Tanah Tapak Letak Kenderaan HSA hari ini.

Setakat ini, terdapat 920 lot parkir untuk kegunaan awam dan kakitangan diwartakan di kawasan HSA, dengan tambahan 320 lot yang tidak diwartakan dan tidak berturap.

Baca artikel lain: Pembinaan poliklinik, parkir bertingkat HSA demi keselesaan pengguna

Sementara itu, Onn Hafiz berkata inisiatif Johor Bersih yang dilaksanakan kerajaan negeri sejak 2022, telah membantu meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

Beliau berkata kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor juga giat melakukan pembersihan dan berjaya mengutip sebanyak 156,898 kilogram sisa sampah sarap sepanjang tahun lepas.

“Johor Bersih ini ialah agenda yang berterusan dan saya lihat kesedaran masyarakat sudah menunjukkan peningkatan.

“Kerajaan negeri turut mengalu-alukan masyarakat untuk membuat aduan jika ada orang buang sampah dan sebagainya,” katanya.

Onn Hafiz berkata pada masa sama kerajaan negeri akan terus memberikan keutamaan dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai aspek kebersihan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut ditikam rakan, mayat dihumban dalam pembetung

SEORANG lelaki maut akibat ditikam rakan di kawasan tapak pembinaan di belakang sebuah bilik pameran kenderaan di Iramanis, Kota...

More Articles Like This