‘Lapan lagi ahli Parlimen pembangkang tunggu masa sokong PM’

Dari Penulis

DI sebalik tersebarnya desas-desus berlakunya pertukaran kerajaan menerusi ‘Langkah Dubai’, ada pula dakwaan sehingga lapan lagi ahli Parlimen pembangkang hanya menunggu masa sesuai menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dilakukan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal seperti dilaporkan FMT, hari ini.

Syed Abu Hussin Hafiz yang telah mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar, November lalu mendakwa kesemua lapan ahli Parlimen pembangkang itu menunggu sidang Dewan Rakyat bersambung semula dijangka bulan hadapan.

Beliau berkata, ahli Parlimen berkenaan merancang mengumumkan menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

“Tujuh hingga lapan orang Ahli Parlimen tunggu masa (isytihar sokong Anwar). Mereka ambil pendekatan untuk tunggu sebab Parlimen akan bersidang 26 Februari.

“Mereka tengah tunggu dan lihat apa akan berlaku sepanjang dua bulan ini,” katanya.

November tahun lalu, Syed Abu Hussin Hafiz menjadi ahli Parlimen pembangkang kelima menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Baca artikel lain: Ahli Parlimen Bukit Gantang nafi buat ugutan, sifatkan tuduhan liar

Beliau menyatakan pendirian itu secara terbuka pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Mohd Azizi Abu Naim dan Zahari Kechik (Jeli).

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, mendakwa wujud gerakan dirancang bagi menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang didalangi pemimpin parti pembangkang bersama wakil kerajaan.

Ismail mendakwa, rancangan yang digelar sebagai ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin PN termasuk dari wakil kerajaan di ibu kota UAE, baru-baru ini.

Beliau mendakwa, pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This