ISTERI Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan kepada pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) Nor Aliff Mohd Nor, yang menghidap pelbagai penyakit di kediamannya di Perumahan Awam Sri Johor di Cheras.
Selain cacat fizikal, Nor Alif, 37, juga menghidap penyakit jantung, kencing manis, gout dan lumpuh separuh badan, menetap bersama dua adik-beradik lain yang berusia 14 dan 16 tahun setelah kematian ibu bapa mereka.
Wan Azizah berkata, banyak perkara yang perlu dibantu dan difahamkan Nor Aliff juga ada berhutang dengan hospital yang menyebabkan rawatannya perlu dihentikan.
“Jadi, kita sedang usahakan untuk menyambung semula rawatannya itu. Kita juga akan bagi bantuan makanan untuk adik-adiknya selain akan cuba permudahkan urusan persekolahan mereka,” kata Wan Azizah kepada pemberita selepas menyantuni pemuda berkenaan.
Baca juga: Teruskan niat bantu artis berniaga, Ifa Raziah sediakan platform di Ipoh, Perak
Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyumbangkan wang tunai dan bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain bantuan daripada Tabung Kebajikan serta Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan.
Pada masa sama, Dr Wan Azizah turut mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat korporat yang prihatin untuk terus menyumbang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan bagi membantu meningkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

