PERIKATAN Nasional (PN) didakwa sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.
“Cukup sudah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai SD untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca artikel lain: Hamzah nafi PN mengadap Agong bersama 118 SD
Semalam, media melaporkan Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk datang menghadap baginda bersama SD masing-masing.
Kenyataan didakwa dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti ditularkan di media sosial juga adalah palsu.
Kenyataan media bertarikh 6 Januari tular mendakwa PN merafak syukur kerana usaha menyelamatkan negara mendapat ihsan Seri Paduka Baginda.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan ‘Langkah Dubai’ tidak akan memberikan kesan kepada Kerajaan Perpaduan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

