Zynakal kemalangan motosikal ketika konvoi, cedera kaki & tangan

Dari Penulis

PENYANYI, Zynakal, 26, mengalami kemalangan motosikal semasa mengikuti aktiviti konvoi bersama rakannya baru-baru ini di kawasan Janda Baik, Pahang.

Kemalangan yang membabitkan motosikal berkuasa tinggi itu juga difahamkan tidak berpunca dari mana-mana kenderaan yang lain selain pelantun lagu ‘Sakit’ itu juga hanya mengalami luka ringan.

“Saya menyertai konvoi bermotosikal semalam dengan rakan-rakan. Perjalanan bermula dengan lancar dan kami singgah ke satu kedai kopi.

“Dalam perjalanan pulang, ketika melalui satu selekoh, Zyn terjatuh. Tapi, tak ada kemalangan dengan mana-mana pihak atau kenderaan lain. Jatuh sendirian.

“Kecederaan pun tak teruk. Hanya ada luka-luka di kaki dan tangan,” ujarnya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli turut memuat naik hantaran di Instagram miliknya dengan beberapa keping gambar menunjukkan luka dialaminya.

“Luka tahun baharu. Terima kasih yang membantu sewaktu kejadian,” tulisnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This