Daim, keluarga mohon SPRM hentikan siasatan

Dari Penulis

BEKAS Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menghentikan penyiasatan terhadapnya, isteri serta empat anak termasuk Ilham Tower Sdn Bhd mengaitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Daim, 86, isterinya, Toh Puan Naimah Khalid, 67, dan empat anak, Asnida, 63; Md Wira Dani, 46; Muhammed Amir Zainuddin, 26; Muhammed Amin Zainuddin serta menara itu selaku pemohon pertama hingga ketujuh memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Tommy Thomas.

Sinar Harian melaporkan, menerusi dokumen semakan kehakiman, mereka menamakan SPRM dan pendakwa raya selaku responden pertama dan kedua.

Baca artikel lain: Pengarah syarikat mengaku tak bersalah terima wang haram lebih RM160 juta

Bekas pemimpin kanan itu memohon deklarasi bahawa SPRM dan pegawai-pegawainya tiada sebab munasabah untuk menyiasat pemohon pertama hingga keenam dan/atau membawa kepada pendakwaan bagi sebarang kesalahan bawah Akta SPRM 2009 mahupun Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada Akta Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Semalam, isteri dan anak kepada tokoh konglomerat terkenal itu diminta hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Pada 22 Disember tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada muslihat, niat jahat, pilih kasih atau menyebelahi mana-mana pihak dalam tindakan SPRM menyita bangunan Menara Ilham milik keluarga Daim.

Sementara SPRM pada 30 Disember, mengesahkan bekas Menteri Kewangan itu disiasat berdasarkan maklumat Kertas Pandora sejak Februari 2023.

Selasa lepas, empat individu berkaitan dengan Daim turut dipanggil memberi keterangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This