Langkah Dubai: Empat individu dipanggil rakam keterangan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

EMPAT individu telah dipanggil bagi merakam keterangan berhubung gerakan ‘Langkah Dubai yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Razarudin, empat individu berkenaan adalah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop dan blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Selain itu, beliau berkata, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard dan pempengaruh media sosial, Mohamad Salim Iskandar turut hadir bagi memberi keterangan, hari ini.

“PDRM mengesahkan telah memangil empat individu untuk dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Ia berhubung gerakan Langkah Dubai untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Baca artikel lain: Langkah Dubai politik ‘cemas’, pembangkang tiada kekuatan bawa usul undi tak percaya – PM

“Sejumlah 145 laporan polis yang diterima berkaitan dengan isu yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selasa lalu, Razarudin dalam sidang media memaklumkan pihaknya berkemungkinan memanggil Papagomo, Che’gu Bard dan Mohamad Salim berhubung Langkah Dubai.

Ketiga-tiga lelaki itu akan dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan ke atas gerakan menumbangkan kerajaan yang disifatkan sebagai aktiviti yang akan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Sebelum ini media melaporkan mengenai Langkah Dubai yang didakwa dirancamg oleh segelintir pemimpin politik parti pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Pada 30 Disember lalu, Ismail dilaporkan mendakwa “Langkah Dubai” timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This