Langkah Dubai politik ‘cemas’, pembangkang tiada kekuatan bawa usul undi tak percaya – PM

Dari Penulis

PEMBANGKANG disifatkan tidak mempunyai kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan telah pun tumbang hanya satu propaganda untuk menipu penyokong mereka.

Malah, kata beliau, kerajaan pernah mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya itu ke Parlimen.

Namun begitu, Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan pembangkang walaupun telah lebih setahun cabaran itu disuarakan.

“Sudah lama dah, dia (pembangkang) tidak bawa (tidak percaya di Parlimen), setahun dah. Hari-hari kita tunggu, tiada. Jadi kita tidak fikir bab itu.

“Saya tidak fikir dia (pembangkang) ada kekuatan untuk bawa ini (usul) selain daripada propaganda untuk menipu penyokong-penyokong dia supaya jangan hilang semangat.

“Saya berbeza pendapat. Tidak mahu hilang semangat, kalau tak boleh cuba bawa perubahan, dia bekerja untuk rakyat. Rakyat yang akan pilih akhirnya,” katanya seperti dilapor Astro Awani hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Lawatan dan Ramah Mesra Bersama Warga Kerja Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Johor Bahru, hari ini.

Baca artikel lain: Kerangka dasar dibangun jadikan Malaysia hab pelaburan hijau utama serantau – PM

Mengulas mengenai Langkah Dubai yang dikatakan perancangan menjatuhkan kerajaan, Anwar menegaskan ia telah terbukti hanya politik ‘cemas’ apabila sudah kehilangan modal.

“Sekarang dah terbukti bahawa itu hanya politik cemas dalam kalangan yang agak kehilangan modal.

“Saya nasihat jemaah menteri dan pimpinan dan kerajaan umumnya, tumpu untuk bangunkan negara.

“Tahun 2024, fokus kita adalah pembangunan dan keutuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.

Titah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong kepada Anwar ketika diterima menghadap di Istana Negara.

Anwar dalam kenyataan di Facebook berkata, Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya beliau selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This