Polis giat buru lelaki pecah masuk rumah dari bumbung

Dari Penulis

POLIS masih giat memburu seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan pecah masuk sebuah rumah melalui bumbung di Jalan 16, Ampang Jaya, pagi Sabtu lalu.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/3153

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 10 pagi itu, pengadu telah meninggalkan rumah untuk membantu suami berniaga di Jalan Ampang.

Beliau berkata, pengadu pulang ke rumah pada pukul 3 petang dan mendapati ruang tamu dalam keadaan berselerak dan pintu bilik utama terkunci dari dalam.

“Pengadu berjaya masuk ke dalam bilik dengan menggunakan kunci pendua dan mendapati barangan berselerak selain siling dalam keadaan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pengadu mengesyaki rumah telah dimasuki pencuri dan pemeriksaan mendapati barangan kemas bernilai RM7,000 dan wang tunai RM2,500 telah hilang.

Mohd Azam berkata, siasatan awal mendapati kelibat seorang lelaki tidak dikenali telah dirakam kamera litar tertutup.

Suspek disyaki berada di atas bumbung rumah pengadu dan telah pecah masuk ke rumah melalui bumbung.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This