KETUA sindiket pengedaran dadah bergelar “Datuk” dan beberapa individu lain yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di Sabah akhir Disember tahun lepas, dijangka dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata polis kini sedang melengkapkan siasatan dan sedang mengesan aset lain yang membabitkan milik ahli sindiket terbabit.
“Beberapa akaun (milik ahli sindiket) sudah dibekukan dan kita dalam proses mengesan aset lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini.
Baca artikel lain: Polis teruskan siasatan kes khianat api rumah MP Beruas
Pada 26 Dis, ketua sindiket dadah bergelar Datuk antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang terbesar di negeri itu sejak 2015.
Susulan itu, pada 8 Jan lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata seorang pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan turut ditahan menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

