HAD umur pemohon melebihi 35 tahun merupakan antara kriteria yang sedang diteliti bagi menaik taraf lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B penuh secara automatik.
Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media, hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, kerajaan sedang meneliti mekanisme bagi menyegerakan cadangan tersebut.
Selain cadangan melibatkan had umur, beliau berkata, tempoh pemilikan lesen juga akan diteliti Kerajaan.
Ahmad Zahid memaklumkan, cadangan itu akan dimuktamadkan menerusi satu mesyuarat terperinci antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Apa yang telah kami bincangkan bahawa perlu ada tempoh tertentu terutamanya dari segi umur pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas.
Baca artikel lain: Masih ramai pemandu tiada lesen, beri alasan tiada masa – JPJ
“Kedua pemegang lesen B2 itu utk satu untuk satu tempoh yang tertentu barulah layak untuk dapat B Penuh,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi libat urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, perkara itu akan ditentukan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bagi memuktamadkannya.
JPJ mengklasifikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250cc manakala kelas B membabitkan motosikal melebihi 500cc.
Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi Kelas B2 kepada B, secara automatik akan dibawa kepada Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.
Beliau berpendapat, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.
Bagaimanapun, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar, berkata langkah itu boleh menyebabkan sistem pengambilan lesen kenderaan di negara ini dilihat mundur kerana ia membabitkan kompetensi seseorang penunggang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

