PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pandangan tentang konsep MADANI kepada seorang tokoh pemikir Islam dari Kuwait, Syeikh Tareq Al-Suwaidan.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan telah berkongsikan perkara itu kepada Syeikh Tareq ketika menerima kunjungan hormat tokoh itu di pejabatnya, petang semalam.
Beliau berkata, Syeikh Tareq berada di Malaysia bagi menghadiri beberapa siri perkongsian ilmu khususnya terkait kepakaran beliau dalam bidang kepimpinan, perancangan strategik dan pengurusan.
Menurut Anwar, konsep MADANI dibawa kerajaan menekankan pendekatan berimbang serta komitmen memerangi penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pimpinan.
Baca artikel lain: Malaysia-China bincang tempoh perjanjian pinjaman panda gergasi – PM
“Tidak dilupakan saya menyatakan pendirian dan usaha berterusan Malaysia untuk membantu menegakkan keadilan di bumi Palestin,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau turut menzahirkan penghargaan atas usaha Syeikh Tareq melalui mesej-mesej positif yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda.
“Terima kasih jua atas doa dan harapan Syeikh Tareq terhadap Malaysia.
“Semoga Malaysia dapat terus menyumbang kepada pembangunan umat dan membantu mengukuhkan kerjasama antara cendekiawan Muslim peringkat antarabangsa,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

