Tawar RM5 juta bunuh PMX di TikTok, pemandu lori kena jel 6 bulan

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori mengalirkan air mata selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan selepas membuat hantaran mengancam untuk membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah platform media sosial, pada Julai tahun lalu.

Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu selepas Faizal Mohammad, 35, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah.

Beliau turut memerintahkan agar lelaki berkenaan menjalani hukuman bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Faizal didakwa melalui apkikasi Tik Tok “@jaidani89” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang mengancam sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 20 Julai 2023.

Hantaran itu adalah “hari ini aku nk transfer RM5juta kat sape2 yg nak..tapi kena buat kerja sikit la..tembak mati pmx dan menteri2 bangsat dan geng2 dap lahanat” yang mana hantaran itu kemudian telah dibaca pukul 12.00 tengah hari pada 26 November 2023 di sebuah premis di Jalan Tong Shin di sini.

Justeru pertuduhan dikemukakan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyana Nor Azmal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap OKS kerana tindakan OKS yang membuat hantaran itu suatu yang tidak wajar apatah lagi ia bersifat mengancam.

“OKS seharusnya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan dengan satu hukuman setimpal mampu memberikan pengajaran kepada OKS dan orang lain agar tidak melakukan kesalahan sama,” hujahnya.

Namun Faizal Mohammad yang tidak diwakili mana-mana peguam merayu agar hanya dikenakan hukuman denda ekoran menanggung dua anak masing-masing berusia tujuh dan lapan tahun.

“Saya baru dapat kerja baharu dengan pendapatan sebanyak RM2,000. Saya menanggung dua anak dan seorang ibu.

“Isteri tidak bekerja. Saya ada banyak hutang yang belum dibayar dan kelengkapan sekolah anak tak beli lagi, oleh itu saya mohon mahkamah bagi tempoh untuk bayar denda kerana saya gaji dalam 5 atau 6 haribulan,” rayu lelaki itu.

Sebelum ini, media melaporkan pemilik akaun TikTok yang melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri ditahan polis di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

Pemilik akaun itu sebelum ini memuat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik sebelum video berkenaan dipadamkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This