Felcra yakin mampu keluarkan 3 juta ayam pedaging

Dari Penulis

HASIL pengeluaran ayam pedaging yang diusahakan secara tertutup oleh Felcra Berhad (Felcra) mampu dipertingkatkan kepada 3 juta ekor apabila kesemua reban siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, setakat ini, kerja-kerja pembinaan reban sudah mencapai 80 peratus siap.

“Walaupun mengalami kelewatan akibat faktor cuaca, namun pembinaan reban-reban ini berjalan lancar.

“Bila siap sepenuhnya nanti, kita mampu capai sasaran apabila pengeluar ayam ini dapat dilakukan sebanyak enam pusingan sepanjang tempoh setahun,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Tiga anggota tentera maut dilanggar lori terbabas dekat Gurun

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan, hari ini.

Ahmad Jazlan menambah, Felcra menggunakan teknologi terkini dalam penternakan ayam pedaging yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Usaha ini memperlihatkan kesungguhan Felcra dalam membantu kerajaan meningkatkan lagi keterjaminan makanan negara pada masa hadapan.

“Program ini juga akan diperluaskan lagi ke beberapa kawasan seperti Bagan Datoh (Perak), Gua Musang (Kelantan), Padang Terap (Kedah) dan Kuala Lipis (Pahang),” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This