Rompak berkumpulan: 2 ahli Geng Pian mengaku tak bersalah

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

DUA lelaki yang merupakan ahli Geng Pian didakwa di tiga Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas lima pertuduhan menyamun dan merompak empat individu dan sebuah syarikat pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh, Mohd Sufian Wahab dan Mohd Sahuri Hassim, masing-masing berusia 39 tahun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin, Hakim Siti Aminah Ghazali, dan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi.

Di hadapan Hakim Norina, mereka didakwa secara bersama-sama melakukan kesalahan samun dan rompak berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau terhadap dua mangsa masing-masing di perkarangan mesin CDM bank HSBC di Wangsa Maju dan perkarangan mesin ATM Hong Leong Bank pada 27 Disember tahun lalu.

Sementara itu, di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, kedua-dua tertuduh didakwa merompak dengan bersenjatakan sebilah pisau terhadap seorang lelaki berusia 54 tahun dan sebuah syarikat farmasi masing-masing di mesin ATM Bank of China di Jalan Ampang dan di mesin ATM Public Bank Passr Pudu di Dang Wangi pada 16 dan 27 Disember 2023.

Manakala di hadapan Hakim Nu’aman, mereka didakwa secara bersama-sama telah melakukan samun dengan menggunakan senjata sama terhadap seorang lagi mangsa lelaki berusia 30 tahun melibatkan wang sebanyak RM100 dan sebentuk cincin di perkarangan mesin ATM Bank Hong Leong di Jalan Kepong, 16 Disember lepas.

Justeru, bagi kesalahan samun, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau sebat jika sabit kesalahan.

Manakala bagi kesalahan merompak, mereka didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Tiga Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lyn, Nidzuwan Abd Latiff, dan Illya Syaheedah Mohd Razif masing-masing tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh memandangkan pertuduhan yang dihadapi mereka tidak boleh diikat jamin.

Bagaimanapun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicaranya, kesemua pihak pendakwaan itu masing-masing mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan ke atas setiap tertuduh.

Jess Lyn turut mencadangkan di hadapan Hakim Norina agar kedua-dua mereka melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sebagai syarat tambahan jaminan.

Bagaimanapun, peguam Kelvinder Singh Sidhu memohon agar mahkamah membenarkan jaminan ke atas kedua-dua tertuduh pada kadar yang rendah dan munasabah memandangkan menanggung keluarga.

“Sufian bekerja juruteknik bebas dengan pendapatan RM1,500 sebulan. tertuduh mempunyai lima orang anak berusia antara 4 tahun sehingga 16 tahun. Isterinya tidak bekerja dan merupakan penanggung tunggal keluarga.

“Manakala Mohd Sahuri bekerja sebagai pemandu van juga berpendapatan RM1,500 sebulan. Tertuduh merupakan seorang duda yang menanggung dua anak berusia 4 dan 11 tahun,” katanya.

Ketiga-tiga mahkamah kemudian membenarkan jaminan berjumlah RM34,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 5 Mac depan bagi sebutan semula kes.

Hakim Norina turut mengarahkan agar kedua-dua tertuduh melaporkan diri di balai polis sebulan sekali sebagai syarat tambahan jaminan sepertimana dicadangkan oleh Jess Lynn.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This