Pas gesa pinda Perlembagaan segera demi martabat perundangan Syariah – Tuan Ibrahim

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PINDAAN Perlembagaan harus dilakukan segera untuk mencegah mana-mana pihak mempertikaikan bidang kuasa perundangan negeri dan raja-raja Melayu sebagai kepala agama Islam.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun kecewa dengan keputusan mahkamah semalam, beliau berharap ia membuka jalan bagi pemartabatan perundangan Syariah.

“Kami dari Perikatan Nasional berjanji akan menyokong penuh segala usaha meminda Perlembagaan untuk mengangkat bidang kuasa mahkamah syariah.

“Sekarang adalah waktu yang terbaik bagi kerajaan untuk membawa perubahan Perlembagaan agar kedudukan Mahkamah Syariah ditempatkan pada posisi yang sebenarnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tuan Ibrahim menambah, pembatalan semalam menunjukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah semakin terhakis dan peranannya dalam melaksanakan perintah Allah SWT menjadi semakin mencabar.

Baca artikel lain: Tahun naga diharap bawa kebahagian, rezeki yang bertambah – Nanta

Keputusan ini, katanya lagi, menunjukkan bahawa hukum syarak yang sepatutnya menjadi panduan mutlak dalam pelaksanaan ajaran Allah SWT kini terasa semakin terpinggir.

“Isu ini seharusnya tidak menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, khususnya di kalangan umat Islam, kerana keharusan untuk melaksanakannya merupakan perintah Allah yang jelas kepada seluruh umat Islam.

“Usaha untuk memperjuangkan kedudukan hukum syarak tidak seharusnya menimbulkan perpecahan atau dipolitikkan.

“Kita harus mengambil pelajaran dari kejadian ini sebagai momentum bergerak ke depan tanpa putus asa sehingga perundangan Syariah dapat terus menjadi cahaya petunjuk dalam kehidupan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen...

More Articles Like This