Pecah cermin kenderaan di lebuh raya, warga Singapura didenda RM5,500

Dari Penulis

Seorang warga Singapura didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Muar hari ini selepas mengaku bersalah memecahkan cermin kenderaan seorang pengguna jalan raya di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan, Pagoh pada Sabtu lepas.

Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Soh Kian Hui, 45, dan mengarahkannya dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Soh didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang kereta jenis Toyota Fortuner milik Khairul Husni Shah Jamil, 31, yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM2,502.35.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 1.58 tengah hari, 10 Feb lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Baca: Polis tahan lelaki warga asing pecah cermin kenderaan di lebuh raya

Terdahulu, Soh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norain Sakina Zikri memohon hukuman ringan memandangkan dia bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan sekitar SGD$3,000 dan menjaga ibunya berusia 71 tahun yang baharu menjalani pembedahan kanser.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Ariff Marzuki memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam selepas kejadian itu tular di media sosial.– Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This