Lelaki warga Sri Lanka ditemukan lemas dalam Sungai Klang

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG lelaki warganegara Sri Lanka berusia 37 tahun ditemukan lemas di dalam Sungai Klang berhampiran Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis sekitar jam 10.06 malam tadi.

Menurut Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Mohd Hafizan Hassan, pihaknya melakukan operasi pencarian menggunakan kayak sejurus tiba di lokasi kejadian pada jam 10.11 malam sebelum operasi itu ditangguhkan pada jam 12.30 tengah malam tadi.

“Operasi disambung semula pada jam 9 pagi ini dengan menggunakan tiga buah kayak membuat ‘surface searching’.

“Anggota telah menjumpai mayat mangsa terapung 100 meter dari lokasi dengan kedalaman air 1 meter di tebing sungai pada jam 10.08 pagi,” katanya.

Tambah beliau, mayat berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This