Keputusan kes Nik Elin: Usah teruskan polemik tidak sihat – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA pihak diminta tidak lagi meneruskan polemik tidak sihat dan mengelirukan membabitkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, polemik sedemikian perlu dihentikan demi kemaslahatan masyarakat.

Fahmi turut menjunjung kasih titah serta pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam berhubung isu tersebut.

Pada masa sama, beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan meminta supaya titah nasihat Sultan Sharafuddin itu dijadikan panduan serta dituruti semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

“Semua pihak kini perlu bertenang, hormati proses jawatankuasa khas yang telah ditubuh di bawah MKI yang diberi masa setahun untuk menyediakan cadangan-cadangan dan tidak mendahului proses yang telah diumum ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi juga akan memberikan kerjasama penuh serta menuruti titah nasihat serta pandangan Sultan Selangor.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin sewaktu mesyuarat MKI kali ke-71 bertitah supaya semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara yang perlu sentiasa didukungi rakyat Malaysia.

Sultan Selangor merujuk kepada polemik melibatkan keputusan majoriti 8-1 dibuat Mahkamah Persekutuan, minggu lalu berhubung 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Dalam titah tersebut, Sultan Sharafuddin mengingatkan bahawa penting bagi berusaha mencari jalan mengatasi segala permasalahan yang timbul dengan mengkaji kaedah memperluas kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka ditetapkan Perlembagaan.

Baca artikel lain: Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan, kedudukan Perlembagaan – Sultan Selangor

Baginda turut bertitah tidak berhasrat turut sama terlibat dalam polemik tersebut kerana telah disembah maklum bahawa Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam sedang meneliti persoalan berbangkit itu.

Titah Sultan Selangor, jawatankuasa khas tersebut telah diberi tempoh setahun dari tarikh ia ditubuhkan iaitu pada 28 Ogos 2023 untuk memberikan sebarang cadangan kepada MKI dan seterusnya diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenankan.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen itu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan serta menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden tunggal.

Mereka mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This