Minta maaf pada Kor Ming? Teruskan bermimpi! – Pemuda UMNO

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, sama sekali tidak akan meminta maaf kepada Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung kemelut yang sedang berlaku ketika ini.

Sebaliknya beliau sekali lagi menegaskan, akan menentang mana-mana pihak yang menekan dan memainkan sentimen terhadap orang Melayu termasuk juga Bumiputera lain.

“Sendiri keluar kenyataan, lepas itu kena bantah, then konon-konon jadi mangsa keadaan. Nak saya minta maaf? Teruskan bermimpi, kerana itu tidak akan terjadi!

“Sesiapa yang sentuh perkara yang sensitif terhadap orang melayu dan Bumiputera, kami tidak akan teragak-agak untuk menentang sekerasnya tidak kira siapa anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Baca artikel lain: Agong perkenan tubuh RCI kaji pengendalian kes Batu Puteh

Semalam, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui menggesa, EXCO kerajaan Melaka itu memohon maaf berhubung isu mencalonkan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Katanya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu bertindak terhadap Muhamad Akmal kerana kenyataannya mengenai tawaran ‘pembelajaran sejarah’ kepada Kor Ming telah merosakkan hubungan kerjasama antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

“UMNO tidak sepatutnya menimbulkan sentimen negatif terhadap cadangan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dalam isu ini.

“Tuduhan UMNO bahawa permohonan ini akan menggugat kedudukan bumiputera adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ujarnya lagi, tapak warisan UNESCO adalah tempat-tempat yang diiktiraf oleh UNESCO dan dilindungi oleh negara-negara sedunia.

Beliau juga mempersoalkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa Georgetown di Pulau Pinang dan Melaka telah pun disenaraikan sebagai Tapak UNESCO.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This