Anwar hadiri mesyuarat tertutup MPN Keadilan tiga negeri

Dari Penulis

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menghadiri mesyuarat tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Beliau diiringi Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi dan Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan.

Anwar mengadakan pertemuan itu secara berasingan mengikut negeri namun tiada perincian diberikan mengenai sesi tersebut.

Baca artikel lain: PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Sarimah Ahmad, Dharma Harun

Perdana Menteri, yang akan mengadakan lawatan ke Pulau Pinang hari ini, mempunyai jadual padat dengan kunjungan ke Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda pada sebelah pagi sebelum ke Persidangan Antarabangsa Zakat di Universiti Sains Malaysia.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri rakyat di Masjid Jamek Tengah Berapit, Permatang Pauh.

Selepas itu, Anwar akan merasmikan Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai sebelum mengakhiri lawatan beliau ke Majlis Pecah Tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This