PERSATUAN Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah.
Yang Dipertuanya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz berkata, usaha pengukuhan adalah kerja kolektif yang merentasi politik kepartian atau kenegerian kerana Mahkamah Syariah merupakan syiar perundangan Islam.
“PUM mencadangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dilakukan dengan meminda (membuang) preclusion clause dalam Butiran 1, Senarai Negeri Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.
“Klausa yang dimaksudkan ialah “kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan”.
“Dengan pindaan ini, pemerkasaan undang-undang Syariah di negeri-negeri dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, PUM meminta supaya pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (pindaan 1984) atau Akta 355 dipercepatkan untuk dibentangkan dan dibahaskan di parlimen.
Baca artikel lain: Kerajaan sedang tambah baik skim perlindungan seniman – Fahmi
“Melalui sesi perbincangan yang diadakan, terdapat cadangan supaya mahkamah syariah juga diperkukuhkan melalui pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.
“Adalah dicadangkan agar penubuhan Mahkamah Syariah disebut dengan jelas dalam peruntukan ini sebagai punca kuasa penubuhannya agar Mahkamah Syariah mempunyai kedudukan yang diiktiraf dalam sistem perundangan di Malaysia,” katanya lagi.
Pada masa sama, Wan Mohamad menasihati, umat Islam di Malaysia supaya berwaspada atas usaha oleh pelbagai pihak sejak beberapa dekad untuk melemahkan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah.
Oleh itu, ujarnya, semua pihak perlu bersatu hati supaya perundangan Islam dan Mahkamah Syariah dimartabatkan di Malaysia serta kedudukan raja-raja sebagai ketua agama Islam negeri dipertahankan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

