‘DAP ada 148 kerusi sekali pun tak mungkin boleh pinda Perlembagaan kedudukan Islam, Melayu’ – Asyraf

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PINDAAN Perlembagaan yang boleh memansuhkan hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini tidak mungkin dilakukan meskipun DAP mempunyai 148 kerusi di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, sebarang pindaan Perlembagaan membabitkan kedudukan Islam dan Melayu termasuk Bumiputera perlu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Apakah mungkin berlakunya pindaan Perlembagaan, tidak mungkin, kerana nak pinda Perlembagaan mesti ada 148 (kerusi). DAP hanya ada 40. Mana mungkin untuk meminda Perlembagaan

“Katakan DAP ada 148 (kerusi) sekali pun tidak mungkin boleh meminda Perlembagaan yang melibatkan kedudukan Islam dan Melayu Bumiputera Perkara 3, Perkara 153 sekiranya ia tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Wawancara Siri #2 Bongkar Fitnah Islam Terancam yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Baca artikel lain: Hantar mesej berbaur perkauman wajar dikenakan tindakan tegas – Aaron

Asyraf Wajdi menegaskan, semua pihak khususnya dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera perlu memahami perkara tersebut bagi menolak tohmahan bahawa UMNO mahu menjual negara apabila menyertai Kerajaan Perpaduan.

Beliau memberi jaminan bahawa agenda Islam dan Melayu tidak akan sesekali ditinggalkan malah ia menjadi antara syarat untuk UMNO serta Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita meletakkan syarat kepada parti-parti yang mengadakan hubungan atau hendak bekerjasama dengan UMNO dan BN, pertama mesti hormat, jangan sesekali mempertikai Perkara 3 di dalam Perlembagaan.

“Perkara 153 yang menyebut soal kedudukan istimewa orang Melayu dan penduduk asal Bumiputera dan juga kedudukan serta keistimewaan Raja-Raja Melayu, pemelihara kepada Islam, Melayu dan bahasa Melayu.

“Ini empat perkara yang dimasukkan di dalam perjanjian yang akhirnya ditandatangani oleh semua parti yang membentu Kerajaan Perpaduan iaitu sebanyak 18 parti,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This