PELAKON Anna Jobling telah dinobatkan sebagai pemenang Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA2023) selepas menerima undian terbanyak iaitu 1.5 juta sekaligus membawa pulang trofi kemenangan.
Anna berjaya mengetepikan saigan terdekatnya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul, Meerqeen dan Khai Bahar.
Malah, bintang kelahiran Dewi Remaja 2019 itu turut memenangi dua lagi kategori lain iaitu Selebriti Digital Tergempak 2023 dan Anugerah Drama Rambut Tetap Boom.
Sementara itu, drama lakonan Anna menerusi Melur Untuk Firdaus 2 turut dinobatkan pemenang bagi kategori Drama Tergempak 2023.
Penyanyi Aina Abdul pula tidak berputih mata apabila turut pulang dengan kemenangan dalam kategori Lagu/ Audio Tergempak 2023 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Sementara penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow diumumkan sebagai pemerima khas Gempak Hall Of Fame 2023.
GMWA2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam tadi itu dihoskan oleh Zizan Razak, Amelia Henderson, Sherry Alhadad dan Sean Lee.
Berikut adalah senarai penuh pemenang GMWA2023 :
Video Tergempak 2023 – Mikhailimaan
Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023 – Amin & Abid Othman
Digital Content Creator (Motivator) Tergempak 2023 – Dr. Say Shazril
Gamers Tergempak 2023 – Pok Ro Gaming
Video Muzik Tergempak 2023 – Khai Bahar & Nabila Razali
Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak 2023 – Rahman Chea
Gempak Hall Of Fame 2023 – Melly Goeslow
Drama Tergempak – Melur Untuk Firdaus 2
Lagu/Audio Tergempak – Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)
Selebriti Digital Tergempak – Anna Jobling

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

