ABANG sulung kepada pemandu yang diikat sebelum ditarik keluar dan dibelasah oleh sekumpulan individu di Taman Pelangi Semenyih 2 pada minggu lalu, tidak dapat menahan sebak ketika mengenangkan sifat adik kesayangannya ketika masih hidup.
Syah Rizad Samad, 43, yang merupakan abang sulung kepada mangsa Shahril Samad, 41, ketika ditemui oleh pemberita di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi menyifatkan adiknya itu sebagai pendiam.
“Karakter arwah sebelum ini dia seorang pendiam. Tapi dengan kami adik beradik dan anak buahnya, walaupun dia ada kisah silam dia, dia tak pernah pukul ke jentik orang.
“Dia tak pernah kacau orang langsung. Walaupun saya pernah gaduh dan marah dia…,” katanya kepada UtusanTV sambil mengalirkan air mata.

Syah Rizad turut menyifatkan bahawa pemergian arwah adiknya itu bukan sahaja memberikan kesan kepada ahli keluarga, malah orang ramai.
“Alhamdulillah masa hari pengebumian arwah haritu, memang ramai yang datang. Malah, pelanggan kedai ibu juga ramai yang datang,” ujarnya.
Tambahnya, mereka yang terlibat dalam kes ini tiada hak untuk memukul adik kedua daripada tujuh beradik itu, sebaliknya perlu menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Baca: Ikat, pukul lelaki sampai mati: 5 penghantar makanan didakwa bunuh
“Sudah ikat (mangsa), kenapa nak pukul lagi? Diikat bagaimana nak lindungi dirinya? Kami (ahli keluarga) hadir ke mahkamah nak tengok muka tertuduh (kes bunuh Shahril) dengan jelas.
“Kami tak mengenali tertuduh, sebelum ini tak tak dapat tengok muka tertuduh. Kes ini tular dan kami tahu mengenai pertuduhan daripada media.
“Ibu bapa tak sanggup datang mahkamah, selain akan melihat keperluan untuk melantik peguam pemerhati dalam kes ini. Kami geram tetapi nak buat macam mana?,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Syah Rizad turut meluahkan harapan agar perbicaraan kes ini dapat selesai dengan segara dan hukuman setimpal dapat dikenakan ke atas kesemua tertuduh.
“Kami adik beradik tiada kuasa untuk tentukan tertuduh bersalah atau tidak.
“Pertuduhan pada hari ini adalah langkah yang pertama. Ke mana sahaja perbicaraan kes ini berjalan kami ahli keluarga akan ikuti walaupun arwah sudah tiada…,” katanya lagi.

UtusanTV melaporkan seramai lima penghantar makanan yang sebelum ini disyaki terlibat dalam kejadian mengikat sebelum membelasah seorang pemandu kereta sehingga menyebabkan kematian didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas pertuduhan membunuh.
Mengikut pertuduhan, kesemua lelaki itu didakwa secara bersama-sama telah membunuh mangsa, Shahril Samad, 41, di Taman Pelangi Semenyih 2 di Beranang sekitar jam 9.54 malam pada 20 Februari lalu.
Baca: 5 lelaki ditahan selepas pemandu kereta langgar pagar rumah mati dipukul
Kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

