5 lelaki ditahan selepas pemandu kereta langgar pagar rumah mati dipukul

Dari Penulis

LIMA lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat memukul seorang pemandu kereta yang melanggar pagar sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 9.20 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebuah Proton Saga berwarna kelabu telah terbabas melanggar pagar kawasan perumahan dan pemandu kereta berusia 42 tahun didapati berada di atas jalan dalam keadaan terbaring.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan seperti diikat pada pergelangan tangan mangsa dan pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian telah mengesahkan kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, saksi di kawasan perumahan tersebut mendakwa telah melihat mangsa ditarik keluar dari Saga oleh sekumpulan lelaki sebelum dipukul.

Malah, tangan mangsa juga diikat sambil dibiarkan terbaring di tengah jalan.

“Kesemua individu yang berada di lokasi kejadian telah beredar sebaik sahaja pihak polis tiba.

“Pasukan forensik yang hadir telah mengambil sampel calitan darah, kesan cap jari serta dua utas gumpalan tali berwarna hijau coklat bagi membantu siasatan,” katanya.

Bertindak atas maklumat, empat lelaki Melayu dan seorang lelaki India berusia 22 hingga 52 tahun ditahan di sekitar Semenyih serta Beranang pada pukul 2.05 pagi tadi.

Jelasnya, kesemua tangkapan direman selama lima hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan.

Mohd Zaid berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh di talian 013- 785 4100 dan Inspektor Ammar Tahir di talian 018- 219 4013.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Amaran hujan lebat, banjir di Thailand: Rakyat Malaysia disaran berwaspada

RAKYAT Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan amaran risiko hujan lebat...

More Articles Like This