PEMBANGKANG mempersoalkan mengapa penduduk di kawasan yang tidak menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dijalankan program Jualan Rahmah.
Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas) menegaskan, apakah penduduk di kawasan berkenaan bukan rakyat Malaysia dan mengapa mereka dinafikan hak serta peruntukan daripada kerajaan memerintah.
Tindakan ini, jelas beliau yang juga Ketua Penerangan Pas berlawanan dengan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang meminta semua pihak supaya jangan bermain politik.
“Ini merupakan rasuah secara terang-terangan, apa kaitan antara sokong PM dengan program jualan murah.
“Rakyat saya di Pasir Mas, rakyat di Parlimen pembangkang juga rakyat Malaysia, apa masalah mereka tidak dapat program jualan murah. Kerana tidak sokong PM?
“Adakah wang ini wang peribadi Perdana Menteri…inilah pihak yang benar-benar bermain politik pada hari ini. Kerajaan sudah ada lebih dua pertiga majoriti, apa takutkan lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Parlimen, hari ini.
Baca artikel lain: Reformasi kerajaan Madani ‘kurang kencang’ – Wong Chen
Sebelum ini, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi mendakwa, program jualan murah hanya boleh dilakukan sekiranya pembangkang menyokong kepimpinan Anwar.
Katanya, sebelum ini ketiadaan peruntukan menyukarkan beliau untuk menganjur sesuatu program, meskipun menang di kawasan yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.
“Saya mengakui, selepas memberi sokongan (kepada Anwar) barulah program seumpama itu boleh dianjurkan.
“Saya memohon maaf kepada rakyat kawasan Tanjong Karang, bukan saya tak nak buat program (sebelum ini) tetapi kita (Ahli Parlimen pembangkang) tak mampu lakukan apa-apa,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yakin suasana politik yang tegang boleh diredakan sekiranya kesemua pihak saling duduk semeja menyelesaikan masalah.
Tindakan ini, ujarnya bukan sahaja baik buat rakyat tetapi juga meningkatkan keyakinan pelabur untuk menanam modal di negara ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

