Reformasi kerajaan Madani ‘kurang kencang’ – Wong Chen

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AHLI Parlimen PKR dari Subang mendakwa, reformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih ‘kurang kencang’.

Bagaimanapun, Wong Chen mengakui setahun memegang tampuk pemerintahan negara, kerajaan Madani sudah melakukan beberapa agenda penambahbaikan termasuk melibatkan hal-hal di Parlimen.

Namun begitu, baginya ia belum cukup dan menyifatkan tahun ini penting dalam melihat apakah kerajaan memiliki kemahuan politik untuk melakukan lebih banyak reformasi.

“Sekarang kerajaan Madani mempunyai dua pertiga sokongan yang cukup kukuh…tahun 2024 merupakan peluang terbaik untuk melakukan dasar-dasar agenda reformasi.

“Tahun ini adalah penentuan sama ada kerajaan Madani ini ada atau tidak political will untuk melakukan lebih reformasi.

“Oleh yang demikian saya meminta Tambun memberi pandangan beliau apakah rang undang-undang reformasi yang bakal dilakukan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Parlimen, hari ini.

Semalam, sekitar 100 orang peserta Himpunan Tuntut Reformasi 100 peratus anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berarak ke bangunan Parlimen.

Baca artikel lain: Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setakat 23 Februari

Peserta dilaporkan ingin menyuarakan beberapa tuntutan bagi mendesak kerajaan melaksanakan reformasi yang dijanjikan.

Antaranya berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengisytiharkan sebarang maklumat sebagai rahsia rasmi, lantas tidak boleh didedahkan.

Selain itu berkenaan had penggal untuk Perdana Menteri dan mengenai Akta Hasutan 1948 serta keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh mahkamah berkaitan kes rasuah membabitkan beberapa individu dan ahli politik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This