Fahmi perlu mohon maaf kepada Rafidah

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil perlu memohon maaf secara terbuka kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz susulan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ‘menyekat’ hantaran di akaun Facebooknya mengenai catatan berkaitan Institut Jantung Negara (IJN).

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, Rafidah hanya merujuk kepada peraturan baharu IJN yang dikatakan terpaksa melepaskan semua kakitangan kerajaan dan pesara disebabkan oleh langkah penjimatan oleh kerajaan.

“Saya tidak dapat membayangkan apakah yang begitu “mengancam” mengenai posting Tan Sri Rafidah Aziz berkenaan IJN hinggakan akaun Facebook beliau disekat oleh SKMM?,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Rafidah berhak berasa kecewa dan marah dengan tindakan SKMM dan beliau sewajarnya berpandangan “sekarang kita tidak boleh lagi memberikan pandangan sahih yang membabitkan rakyat, dalam hal ini, golongan pesara.”

“SKMM sebelum ini telah dikecam kerana memanggil editor dan menyekat saluran berita yang dianggap tidak menyenangkan pemerintah. Hal ini berlaku walaupun Perdana Menteri sendiri mengatakan beliau mengalu-alukan teguran dan pandapat yang berbeza,” katanya.

Johan berkata, SKMM sepatutnya memastikan proses pengawasan yang lebih telus bagi memastian wujudnya eko-sistem untuk media yang bebas dan adil.

“Dengan ini saya menggesa Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan SKMM meminta maaf secara terbuka pada seorang mantan menteri kanan, Tan Srfi Rafidah.

“Dengan ini saya juga mencadangkan agar peranan pengawasan oleh SKMM dirujuk pada sebuah Jawatankuasa peringkat Parlimen agar badan itu tidak disalahgunakan untuk mengekang hak bersuara dan kebebasan media di negara ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This