2,500 rumah mampu milik akan dibina atas tanah rizab Melayu – Anwar

Dari Penulis

SEBANYAK 2,500 unit rumah mampu milik akan dibina melalui Skim Perumahan Madani yang akan dibangunkan di atas tanah rizab Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju menyediakan skim tersebut bagi memanfaatkan tanah rizab Melayu terbiar.

“Masalah tanah rizab Melayu yang berulang kali disuarakan termasuk dalam laporan kongres hari ini, harus dimanfaat dan dibangunkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita memutuskan supaya Pelaburan Hartanah Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) diamanahkan untuk menerajui dan memacu pembangunan komersial di tanah-tanah rizab melayu.

“Ini termasuk Pelaburan Hartanah Berhad yang telah membangunkan Hospital Pakar KPJ di tanah rizab Melayu di Sungai Penchala. Ini satu contoh yang baik.

“Dan kita akan teruskan segera dengan Skim Perumahan Madani di tanah rizab Melayu dengan sasaran membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik,” kata Anwar pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga akan memastikan pemilikan sejumlah 200 ekar tanah Kerajaan, termasuk 50 ekar tanah di Bandar Malaysia kekal dimiliki orang Melayu.

Ia bagi menjamin ketersediaan perumahan mampu milik agar orang Melayu kekal di kawasan pusat bandar, kata Anwar.

“Kerajaan telah mengambil alih Bandar Malaysia di Kuala Lumpur. Saya telah putuskan sebahagian daripadanya iaitu sebanyak 50 ekar kekal dimiliki orang Melayu sebagai tanah rizab Melayu.

“Pusat bandar yang strategik ini kita tetapkan menjadi kawasan milik Melayu.

“Dalam tempoh setahun, jumlah ini dan kawasan strategik serta pembangunan baru akan ditambah menjadi 200 ekar tanah kerajaan yang dijadikan tanah rizab Melayu di kawasan bandar,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This