Kerajaan sedia dana RM1 bilion lahirkan generasi baharu usahawan Bumiputera

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi melahirkan lebih ramai generasi baharu usahawan Bumiputera dalam bidang berpertumbuhan tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ianya bertepatan dengan hasrat kongres kali ini untuk mewujudkan Dana Pemacu Transformasi Bumiputera.

“(Dengan ini) kita mampu mencipta lebih banyak syarikat usahawan Bumiputera berjaya seperti Aerodyne yang berjaya menembusi pasaran global dalam perkhidmatan dron.

“Kita juga harus berbangga dengan kejayaan Les Copaque dan Animonsta yang mengungguli industri karya kreatif.

“Begitu juga dengan kejayaan ramai usahawan muda yang memanfaatkan sepenuhnya kelebihan teknologi digital baharu untuk berniaga seperti saudara Khairul Aming,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Baca artikel lain: Kerajaan tidak akan tamatkan dasar afirmatif – PM

Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan juga setuju untuk mewujudkan Tabung Wakaf Mara Madani selaras dengan ikthiar untuk memperkasakan agenda Bumiputera.

Katanya lagi, tabung berkenaan bakal dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan prestasinya akan dilaporkan secara berkala kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

“Sukacita saya mengumumkan kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Tabung Wakaf Mara Madani dengan sasaran dana berjumlah RM1 bilion dalam tempoh 10 tahun yang akan diterajui oleh Mara.

“Wakaf Mara Madani akan memberi manfaat kepada 70.1 peratus Bumiputera dan memastikan keterjaminan pendidikan, kebajikan, kesihatan, keusahawanan dan pengangkutan yang semakin mencabar di alaf baru ini.

“Kerajaan turut bersetuju untuk melanjutkan potongan cukai bagi wakaf berasaskan saham seperti Wakaf ASNB dan Waqaf An-Nur di bawah Johor Corp,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This