Kerajaan tidak akan tamatkan dasar afirmatif – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN sama sekali tidak akan menamatkan dasar afirmatif yang telah dirangka selagi mana masih terdapat rakyat tergolong dalam kalangan rentan masih berada di kancah kemiskinan dan terpinggir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dasar tersebut bukanlah satu bentuk diskriminasi seperti mana disebut Barat dan buktinya dapat dilihat melalui peruntukan yang telah diberikan kerajaan.

Sebagai contoh katanya, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana data-data mendedahkan pemilihan dibuat tidak mengikut kaum tetapi cuba menangani masalah mengikut keperluan.

Namun begitu, sekiranya benar seluruh rakyat Malaysia mahu melihat dasar ini dihapuskan, beliau mengajak semua pihak bersatu hati menyelesaikan masalah ini.

“Bila akan tamat (dasar afirmatif), kita akan tamat kalau benar hilangnya atau terbatal atau selesainya masalah kemiskinan tegar, peminggiran rakyat, baru kita boleh selesaikan atau hentikan afirmatif action.

“Dasar afirmatif ini pertamanya tidak kira sangat kaum, dia lihat golongan rentan dan golongan yang terkesan.

“Kalau masih ada kesenjangan yang begitu rupa, kemiskinan yang ketara selagi itulah dasar afirmatif mesti teruskan,” katanya.

Baca artikel lain: Treler bawa tepung terbalik akibatkan kesesakan 23 km di Simpang Pulai

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Pada masa sama, Anwar menegaskan, kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi terhadap pengkhianatan melibatkan projek Bumiputera yang menjadi satu kesilapan besar jika ia dipertahankan.

“Ada agensi-agensi diamanahkan curang, ada dana saham disakau, tidak memberi manfaat. Ada projek-projek atas nama Bumiputera tetapi tidak menepati maksud kerana diserahkan kepada bukan Bumiputera.

“Sebagai kerajaan kita tidak ada masalah kalau projek itu untuk rakyat, projek untuk negara yang boleh dimanfaatkan oleh Bumiputera, Cina atau India bukan masalah.

“Tetapi kalau projek itu khusus untuk Bumiputera adalah salah dan pengkhianatan kalau tidak dipertahakankan kepentingan Bumiputera tersebut,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This