JABATAN Pendaftaran Pertubuhan (RoS) diminta untuk menyegerakan proses meluluskan pindaan perlembagaan yang telah dibuat serta diluluskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta, jangan ada campur tangan politik yang akan menyebabkan proses menjadi perlahan.
“Selepas itu apabila Bersatu sudah ambil langkah seterusnya, Yang Dipertua Dewan Rakyat mestilah memainkan peranan dengan adil dan amanah untuk mengisytiharkan enam kerusi itu kosong.
“Tidak ada sebab kenapa enam kerusi pengkhianat itu tidak dikosongkan. Janganlah pula ada sesiapa yang mencipta alasan untuk melindungi mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Media melaporkan, pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu akan membolehkan enam ahli Parlimen mereka yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi masing-masing.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perlembagaan Bersatu ketika ini hanya membolehkan kepimpinan parti menggantung enam Ahli Parlimen tersebut, tanpa memberi kesan kepada kerusi mereka.
Pada masa sama, Wan Saiful mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir ke Perhimpunan Agung Khas Bersatu petang tadi.
Baca artikel lain: Kerusi 6 Ahli Parlimen Bersatu kosong jika terus sokong PM
Katanya, alhamdulillah pindaan perlembagaan diluluskan sebulat suara oleh Perhimpunan Agung Khas.
“Pindaan ini penting kerana terdapat kelompongan yang telah dieksploitasi oleh enam orang Ahli Dewan Rakyat Bersatu. Mereka menukar sokongan tapi kekal sebagai ahli Bersatu.
“Suasana perhimpunan melambangkan betapa parti Bersatu tidak mahu lagi pengkhianat-pengkhianat ini kekal dalam parti. Ahli-ahli parti kecewa dan marah kepada mereka.
“Pengkhianat-pengkhianat ini adalah muka tak malu yang tiada maruah. Parti ini sudah tak mahu kepada kamu. Apa yang kamu tunggu lagi? Kalau ada maruah, sila keluar sendiri sekarang,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

