KERAJAAN sedia berbincang dengan pihak berminat meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 10 tahun lalu, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.
Katanya, beliau sudah mengarahkan kementeriannya mempelawa Ocean Infinity bagi memberi taklimat berhubung cadangan terbaharu mereka “tiada hasil, tiada bayaran” untuk mencari MH370.
Memetik laporan FMT, beliau sedia menemui wakil syarikat itu pada bila-bila masa mereka ke negara ini.
Menurutnya, kerajaan kekal konsisten dengan pertimbangan akan diberikan kepada operasi pencarian baharu, apabila maklumat dan bukti boleh dipercayai dipastikan.
“Sebagai kementerian yang mewakili kerajaan Malaysia, pencarian akan diteruskan (apabila maklumat baharu dan bukti boleh dipercayai dipastikan).
“Saya berjanji akan melakukan semua yang boleh untuk mendapatkan kelulusan Kabinet, menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity untuk memulakan siasatan semula secepat mungkin (bergantung kepada hasil mesyuarat),” katanya sempena Acara Peringatan Tahunan Ke-10 untuk Penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Beliau berharap sebarang pencarian baharu akan menemui sesuatu bagi memberi penutupan kepada waris mangsa MH370.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru dari Kuala Lumpur ke China hilang dari radar dan sehingga kini tidak ditemukan sejak 8 Mac 2014 dan kekal menjadi misteri industri penerbangan dunia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

