85% pekerja Muslim, boikot Starbucks Malaysia hanya rugikan rakyat, kata Vincent Tan

Dari Penulis

KEMPEN boikot Starbucks Malaysia susulan kaitan jenama minuman kopi itu dengan serangan Israel terhadap Palestin disifatkan hanya merugikan rakyat negara ini sendiri.

Justeru, Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan merayu supaya kempen boikot itu dihentikan.

Menurut Vincent, semua pihak perlu faham bahawa Starbucks Malaysia merupakan syarikat milik negara ini.

Malah, kata beliau, hingga 85 peratus pekerja di kedai tersebut beragama Islam.

“Saya rasa mereka semua yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia.

“Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80 hingga 85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot itu tidak menguntungkan sesiapa,” katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Okinawa, Jepun bagi majlis pecah tanah Four Seasons Resort & Private Residences di situ.

Bagaimanapun, Vincent memaklumkan, situasi tersebut dilihat semakin ‘mengendur’ dengan Starbucks Malaysia berjaya merekodkan sedikit peningkatan jualan.

Baca artikel lain: Starbucks lancar koleksi “Relive the Magic Together” – Tumbler dia memang klasik habis!

Beliau turut menjangkakan peningkatan jualan bagi suku ketiga tahun kewangan 2024 syarikat tersebut.

“Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia. Ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika,” katanya.

Berjaya Food Bhd iaitu syarikat di bawah Berjaya Group terjerumus ke dalam kerugian pada suku kedua berakhir 31 Disember 2023 lalu disebabkan boikot berkaitan konflik di Asia Barat.

Syarikat itu mengalami kerugian bersih sebanyak RM42.58 juta berbanding untung bersih RM35.49 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata kerugian bersih terutamanya disebabkan oleh jualan lebih rendah dicatatkan dan kerugian sekali saja daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd.

Sementara itu, pendapatan kumpulan merosot 38 peratus kepada RM182.55 juta daripada RM295.32 juta sebelumnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This