PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan, Victoria hari ini sempena lawatan empat hari beliau ke Australia.
Ketibaan Anwar disambut oleh Gabenor Victoria, Margaret Gardener dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.
Majlis itu mendahului perbincangan dua hala dan Mesyuarat Pemimpin Tahunan Australia-Malaysia (ALM) Kedua.
Baca artikel lain: PM kongsi pandangan dengan pelajar Kolej Al-Taqwa ke arah capai perubahan positif
Beliau melakukan lawatan itu atas jemputan Albanese, yang bermula di Melbourne semalam dan berakhir di Canberra pada 7 Mac ini.
Ini adalah lawatan sulung Anwar ke Australia dan beliau mengetuai delegasi Malaysia ke ALM serta Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

