IGP sahkan himpunan aman tidak perlu permit, hanya perlu kemuka notis 5 hari

Dari Penulis

â‹…
KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain hari ini mengesahkan penganjur perhimpunan aman tidak perlu memohon permit dan mereka hanya perlu mengemukakan notis lima hari sebelum mengadakan perhimpunan kepada polis.

Beliau berkata, mereka juga dinasihati mengambil kira dan menghormati hak kepentingan awam di negara ini dan tidak menjejaskan ketenteraman secara am.

Bagaimanapun, katanya, mengenai isu pihak polis yang dikatakan mendesak penganjur memohon permit perhimpunan mungkin timbul kerana khilaf.

“Mungkin berlaku kesilapan kerana segelintir ketua polis daerah mungkin sebut notis pemakluman ini sebagai permit… mungkin ada kesilapan di situ.

“Sebenarnya tiada isu permit (bagi penganjuran aktiviti membabitkan perhimpunan orang ramai) sebaliknya penganjur hanya perlu mengemukakan notis pemakluman sahaja,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Razarudin mengulas gesaan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah supaya pegawai dan anggota polis perlu mengambil maklum bahawa permit perhimpunan tidak lagi diperlukan selepas Akta Perhimpunan Aman digubal pada 2012.

Ini selepas polis dilaporkan menolak empat kali untuk menerima notis penganjur perarakan sambutan Hari Wanita Malaysia 2024 pada Sabtu depan.

BERITA BERKAITAN Patuhi peraturan ketika sertai perhimpunan aman – polis

Notis itu hanya diterima hari ini selepas pihak penganjur mengumumkan penolakan tersebut.

Razarudin menjelaskan dia tidak menolak kemungkinan notis pemakluman dikemukakan NGO itu berpunca daripada dokumen yang tidak mematuhi peruntukan dalam Akta 736.

“Polis juga berhak menentukan syarat berkaitan notis pemakluman ini.

“Kadang-kadang syaratnya penganjuran tidak boleh dibuat di lokasi tertentu dan penganjur akan diminta mengubah ke tempat lain atau mungkin ia tidak dapat kebenaran daripada empunya tapak terbabit.

“Ini semua akan diambil kira oleh polis, tetapi nanti saya akan semak balik kenapa notis pemakluman dikemukakan mereka ditolak sebanyak empat kali,” katanya.

Pada masa lalu, pihak polis berulang kali menegaskan penganjur perhimpunan perlu memohon permit polis.

Sementara itu, Razarudin berkata, beliau berharap penganjur perhimpunan secara amnya turut mematuhi pemakluman notis lima hari yang disyaratkan Akta Perhimpunan Aman.

“Sebab itu janganlah lagi dua hari sebelum acara diadakan baru penganjur mahu mengemukakan notis pemakluman.

“Secara keseluruhannya, tindakan hanya akan diambil sekiranya pihak penganjur tidak mematuhi setiap peruntukan berkaitan notis pemakluman mengenai penganjuran aktiviti membabitkan perhimpunan orang ramai,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SPRM tahan 73 individu kes tuntutan Daya Kerjaya 2.0 bernilai RM9 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 73 individu yang terdiri daripada ejen dan pemilik syarikat kerana disyaki...

More Articles Like This