Polis pujuk remaja kemurungan buat kecoh dalam masjid

Dari Penulis

SEORANG remaja lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental dilaporkan telah bertindak agresif di dalam Masjid Jamek Bandar Tangkak pada pukul 10.30 malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman berkata, pihaknya telah ke lokasi dan mendapati remaja berbangsa Melayu berusia 18 tahun itu berada dalam keadaan tidak terkawal di dalam ruang solat masjid.

“Setelah dipujuk oleh polis dah ahli jemaah, lelaki tersebut telah berjaya dibawa keluar dan balik ke Balai Polis Tangkak bagi tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati lelaki tersebut mengalami kemurungan dan bercakap seorang diri sejak tiga hari lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, ahli keluarga telah berjaya dihubungi dan membawa lelaki itu ke Hospital Tangkak bagi menerima rawatan kesihatan.

Idris berkata, pihak keluarga juga mengucapkan terima kasih kepada polis kerana berjaya menyerahkan anak lelaki mereka dalam keadaan selamat.

Orang ramai diminta sentiasa menyalurkan maklumat dan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This