Remaja berusia 15 tahun ditahan polis selepas aksi pegang senapang AK47 tiruan tular

Dari Penulis

SEORANG remaja ditahan selepas aksinya memegang disyaki senjata api di tingkap sebuah kondominium dekat Jalan Kayu Madang, Kota Kinabalu tular.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam yang menularkan gambar tersebut di kumpulan WhatsApp.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah rumah dan menemui satu laras senjata api tiruan menyerupai AK47 dan sepucuk pistol tiruan.

“Suspek berusia 15 tahun itu ditahan pada pukul 5.36 petang bagi siasatan lanjut.

“Suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut pada pukul 9 pagi di tangga dengan menggunakan senjata api untuk menembak ke arah beberapa objek yang dijadikan sasaran.

“Suspek mengaku membeli dua senjata tiruan itu di sebuah kedai dengan harga RM158 dan RM 54,” katanya memetik laporan Info X.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis membuat serbuan di kedai menjual senjata tiruan di sebuah kompleks beli belah.

Jelasnya, sejumlah senjata tiruan dirampas dan seorang lelaki serta wanita berusia 15 hingga 19 tahun yang bekerja di premis itu turut ditahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This