Tahniah! Hasrat nyanyian Amir Jahari juara AJL38, bawa pulang RM100,000

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MENEPATI ramalan ramai, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Lebih istimewa lagi apabila lagu tersebut merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Amir yang merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Aisha Retno pula diumumkan sebagai naib juara AJL38 menerusi lagu Sutera ciptaannya sendiri bersama MFMF.

Aisha membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM50,000.

Di tempat ketiga pula, lagu Jangan Mati Rasa Itu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi Aina Abdul memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.

Bukan itu sahaja, Aina turut pulang dengan trofi Vokal Terbaik yang melayakkan dirinya memenangi wang tunai RM12,000.

Malah, Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL38 turut dimenangi oleh Aina menerusi lagu sama dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Sementara Aisha juga mengungguli kategori Persembaham Terbaik menerusi lagu Sutera dan meraih wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Pentas acara bertemakan Muzikaverse itu juga buat pertama kalinya menggunakan teknologi pencahayaan Light Emitting Diode (LED) sebanyak 90 peratus.

AJL38 dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar manakala acara karpet Merah AJL38, dihoskan Fizzy Ali dan Fizza Frizzy serta bersiaran di TV3 dan strim melalui Tonton.

AJL38 dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This