1 maut, 2 lagi parah, HR-V terbabas dekat Bandar Tun Hussein Onn

Dari Penulis

SEORANG wanita maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan utilit sukan yang dinaiki terbabas dekat Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, pada awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.13 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah Honda HR-V telah hilang kawalan dan terbabas.

“Seorang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi wanita cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa berusia 47 hingga 50 tahun telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This