TUJUH penumpang berdepan detik cemas apabila bas Rapid KL yang dinaiki terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 8.06 pagi.
Sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Seputeh bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi Mohd Suhaimi Mohd Razali memaklumkan bahawa sebuah bas telah terbakar di bahu jalan ketika bomba tiba di lokasi.
“Tindakan pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera untuk memadam kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemandu bas telah dimaklumkan oleh penunggang motosikal bahawa terdapat kebakaran di bahagian belakang bas.
“Pemandu bas telah bertindak memberhentikan bas di bahu jalan lalu mematikan enjin serta suis dan mengarahkan semua tujuh penumpang turun ke lokasi yang selamat,” ujarnya.
Katanya, bas terbakar sebanyak 90 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

