Bersahur Bersama Seri-Aji 2024 semarakkan sahur di PPR

Dari Penulis

SEMPENA bulan Ramadan yang menjelang tiba, Ajinomoto Malaysia Berhad (AMB) bakal menganjurkan kempen Bersahur Bersama Seri-Aji 2024 dengan pelbagai aktiviti menarik di program perumahan rakyat (PPR) sekitar Lembah Klang.

AMB dalam kenyataan memaklumkan, kempen tersebut bertujuan merevolusikan penyediaan sahur menjadi pengalaman berharga, cepat dan melazatkan sepanjang bulan Ramadan.

Menurut AMB, sebanyak 25,000 isi rumah di 20 lokasi PPR berbeza juga akan merasai manfaat menerusi pek produk yang diedarkan syarikat itu sepanjang kempen berkenaan.

“Kami berharap dengan langkah ini dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan sahur dengan pilihan hidangan yang seimbang serta ringkas.

“Pada masa sama, terdapat beberapa aktiviti menarik yang akan dianjurkan di PPR Seri Alam Fasa 2 dan Dewan PPR Lembah Subang 2 termasuk demonstrasi masakan secara langsung, pengedaran makanan, permainan, aktiviti seni pasir dan cabutan bertuah,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Ajinomoto x Le Creuset tawar hadiah RM38,888 sempena Tahun Baharu Cina

Mengulas lanjut, AMB memberitahu, kempen tersebut juga bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bersahur pada bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.

Jelasnya, objektif utama program berkenaan termasuk menggalakkan pemakanan seimbang, mempromosikan konsep sahur yang ringkas dan menekankan keseronokan bersahur bersama keluarga.

Selain itu, syarikat berkenaan turut menyediakan pelbagai hadiah menarik bernilai RM20,000 menerusi peraduan beli dan menang sepanjang kempen Bersahur Bersama Seri-Aji 2024.

“Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji 2024 ini telah pun bermula pada 14 Februari hingga 9 April dengan slogan ‘Konfem Senang, Konfem Sedap’.

“Hadiah yang disediakan termasuk hadiah utama iaitu bar emas seberat lima gram untuk lima pemenang bertuah di samping hadiah mingguan berupa e-dompet Touch n’ Go bernilai RM11,000 secara keseluruhan.

“Peserta hanya perlu memberi produk Seri-Aji bernilai RM6 untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This