Mah Sing Group Berhad bakal melancarkan M Sinar, sebuah pangsapuri baru dalam kawasan bandar Southville City di Bangi, Selangor.
Dibina di kawasan seluas 5.77 ekar, M Sinar menawarkan dua buah pangsapuri servis setinggi 33 tingkat. Kedua-dua menara itu menawarkan 999 unit rumah yang terdapat dalam dua jenis reka bentuk – jenis A (seluas 550 kaki persegi) dan jenis B (seluas 868 kaki persegi) dengan harga jualan bermula daripada RM270,000.
Southville City kini menempatkan kira-kira 12,000 penduduk di lima ribu unit rumah yang telah siap dibina di kawasan tersebut. Pembangunan terbaru, pangsapuri servis Sensory Residence yang telah siap disasarkan untuk pemilikan kosong tahun 2024.
Sementara itu, pengasas dan pengarah urusan kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, syarikat hartanah itu kini sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan kawasan perbandaran baru bernama M Legasi di Semenyih menjelang hujung tahun ini.
M Legasi disasarkan untuk pembeli dari sekitar Kajang, Seri Kembangan, Bangi dan Seremban yang mencari kediaman alternatif mampu milik di luar kawasan bandar yang sesak.
“Mah Sing mencatat jualan Rm2.26 billion pada 2023, dan kami menetapkan sasaran jualan sebanyak RM2.5 billion untuk tahun 20204.
“Tahun ini bakal membawa kejayaan besar kerana kami akan melancarkan semua pembangunan baru termasuk bangunan bertingkat, projek kediaman dan perindusrian, serta perbandaran baru kami,” katanya sewaktu ditemui dalam majlis rumah terbuka Mah Sing Group di galeri jualan Southville City di Dengkil, Selangor baru-baru ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

