PM Anwar sentuh keakraban Australia-ASEAN pada sidang kemuncak khas

Dari Penulis

MALAYSIA akan menyentuh perihal minat Australia untuk lebih akrab dengan ASEAN dan meneruskan kerjasama dengan rantau ini pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Melbourne pada Rabu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak berkenaan berkata sebagai tanda keseriusan keakraban Australia terhadap ASEAN, negara itu pada Isnin telah mengumumkan dana AU$2 bilion untuk melabur dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di ASEAN.

“Tajuknya masih terikat kepada kerjasama ASEAN – Australia, isu pelaburan, kerjasama dalam melihat isu-isu dalaman soal digital, transisi tenaga. Itu antara perkara yang harus kita bicarakan,” katanya dalam sidang media dengan wartawan Malaysia pada malam Selasa di sini.

Anwar berkata inti pati kenyataan beliau esok akan turut mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan kepada Australia dan New Zealand yang telah menyatakan sikap mereka mendukung usaha untuk menghentikan serangan dan menyuarakan hasrat dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kunjungan ke Australia itu bukan hanya mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia oleh kedua-dua perdana menteri, malah turut memberi kejelasan kepada beberapa perkara yang sebelum ini samar-samar.

BERITA BERKAITAN Anwar bertemu PM Thailand, Srettha Thavisin di Australia

“Khususnya usaha untuk menjadikan Australia sebagai negara yang boleh beri kerjasama dalam peralihan tenaga dan transformasi digital, kerana mereka ada kepakaran.

“Perdana Menteri (Anwar) banyak beri pandangan yang kukuh bagi pihak negara kita dan ASEAN khususnya berkenaan dengan pendiran Malaysia dan ASEAN dalam penegasan kita terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza.

“Australia memandang ASEAN sebagai pintu masuk kepada dunia, mereka melihat ASEAN dahulu sebelum dunia lain, ASEAN satu rantau yang amat penting bagi Australia,” katanya.

Mohamad berkata selain mengumumkan dana AU$2 bilion bantuan kepada ASEAN, Australia juga memberi kelonggaran kepada ahli perniagaan yang kerap ke negara itu mendapat visa selama 10 tahun untuk memudahkan perjalanan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This