Bayi lelaki 3 bulan maut selepas 2 jam dihantar pada hari pertama ke pusat asuhan

Dari Penulis

SEORANG bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dua jam dihantar ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Setia Alam, Shah Alam pagi kelmarin.

Bayi malang itu ditemui tidak sedarkan diri pada hari pertama dihantar ke pusat asuhan berkenaan sebelum dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bayi tersebut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Katanya, laporan mengenai kejadian diterima daripada bapa mangsa pada pukul 2.30 petang.

Siasatan mendapati bapa mangsa telah menghantar anaknya ke pusat asuhan pada pukul 8.30 pagi.

“Bapa kemudian dimaklumkan oleh pengurus pusat asuhan bahawa anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 10.30 pagi.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dalaman dan luaran.

“Mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam pada 12.30 tengah hari semalam dan masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa merupakan anak pertama.

“Pengasuh dan pekerja pusat asuhan telah diambil keterangan.

“Manakala keterangan daripada ibu bapa mangsa akan diambil selepas urusan pengebumian anak mereka di Kelantan selesai,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi umum beberapa perkara penting esok, Pas buat keputusan Rabu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan beberapa perkara penting ketika merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This