KUJDT buka cawangan di Putrajaya, lancar ‘Jelajah 5 Kota Saudi’

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JENAMA pengendali perkhidmatan umrah dan haji yang semakin meningkat naik, Kembara Umrah JDT (KUJDT) mengorak langkah terbaharu dengan membuka cawangan pejabatnya di Putrajaya.

Bertempat di bangunan Shaftbury Putrajaya, pembukaan cawangan baharu KUJDT itu memberi lebih pilihan kepada bakal jemaah yang menginginkan perkhidmatan terbaik bagi menunaikan ibadah suci itu.

Pengarah Urusan KUJDT, Mohd Khairuddin Salim berkata, agensi tersebut menawarkan pakej umrah premium yang telus, berjaminan, bermodul dan teratur selaras dengan misi syarikat berkenaan.

Menurut Mohd Khairuddin, syarikat itu menyediakan jaminan pakej umrah dengan kumpulan kecil sekali gus berbeza berbanding agensi umrah lain.

“Selain daripada itu, kami juga memberi jaminan hotel yang dijanjikan dengan tiada unsur menukar penginapan sebaik tiba di Tanah Suci.

“Kami juga memberikan bimbingan umrah sebanyak tiga kali bersama mutawif atau di KUJDT disebut musyrif,” katanya ketika majlis pelancaran cawangan pejabat baharu itu.

Pengurus Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi Asia Tenggara, Shazlin Ahmad menandatangani plak Pelancaran ‘Ihram Personal Care’ Khalish sambil diperhatikan oleh pengasas KUJDT, Mohd Khairuddin Salim (dua dari kanan) dan Mossiah Mahadi (dua dari kiri) sempena perasmian Pejabat Cawangan Kembara Umrah JDT (KUJDT) di Putrajaya. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: TH tawar hadiah wang tunai, pakej umrah sepanjang 2024

Selain pelancaran cawangan baharu, KUJDT turut melancarkan pakej pelancongan ‘Jelajah 5 Kota Saudi’ khas buat bakal jemaah umrah.

“Keistimewaan melancong di lima kota di Arab Saudi ini adalah anda bukan sahaja dapat melawat tempat-tempat bersejarah tetapi juga melaksanakan umrah.

“Selain itu, pengembaraan ini juga hanya mengambil masa sembilan hari tujuh malam sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, syarikat tersebut turut melancarkan penjagaan peribadi ihram bagi membantu jemaah haji dan umrah.

“Ini supaya jemaah dapat menjaga ibadah dengan lebih sempurna semasa dalam ihram.

“Produk ini tidak mengandungi sebarang bau dan tiada alkohol kerana hanya mengandungi bahan-bahan berasaskan sunah seperti susu kambing, madu dan habbatussauda serta mesra wuduk,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This